suria

Tauke kunafa pun dah jadi penyanyi, Ojen Aiwah ada impian lagu masuk AJL

PERSONALITI media sosial dikenali sebagai Ojen Aiwah menerima pelbagai reaksi netizen selepas mengeluarkan sebuah lagu baharunya berjudul Hubb.

Ojen Aiwah atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Bin Mohd Rosli, 28, berkata dia mengeluarkan lagu itu hanya sekadar untuk menonjolkan bakat terpendam.

“Saya sekadar ingin menonjolkan bakat bukan untuk merosakkan industri muzik, saya sekadar ingin mewarnai industri muzik saja.

“Ada yang suka ada juga yang tak berapa suka, bagi saya ia adalah satu perkara yang perlu saya hadapi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, dia juga memohon kepada netizen untuk memberikan dia peluang untuk memperbaiki vokalnya.

“Bagi saya peluang untuk perbaiki vokal saya, mungkin ada di sesetengah lirik itu sumbang,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi