suria

Kepulangan wira badminton Olimpik Paris 2024 disambut meriah, Rexy Mainaky bangga prestasi anak buah

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berbangga dengan persembahan ditunjukkan anak buahnya di Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun gagal membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.

Rexy berkata walaupun gagal meraih pingat emas namun dia tetap bersyukur dengan dua pingat gangsa yang diperoleh menerusi kategori beregu dan perseorangan lelaki.

"Dari segi prestasi pemain yang boleh dikatakan okay walaupun pada awalnya menyasarkan pingat emas tidak kesampaian tapi kita dapat dua pingat gangsa.

"Dua pingat gangsa ini hasil yang baik sebab kita hanya dapat satu pingat sahaja ketika Sukan Olimpik di Jepun pada 2020.

"Prestsi semua pemain juga sangat konsisten memandangkan ada di antara mereka yang pertama kali menyertai kejohanan besar seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi