suria

[V] Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah Kartini

ANGGOTA polis dari Balai Slim River, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pada Jumaat atas tuduhan membunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret.

Ini kerana kes bunuh itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Alif, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, berhampiran Felda Gedangsa di antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lans koperal suspek kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di mahkamah... Kemas berkemeja lengan pendek

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Lans Koperal suspek kes bunuh Nur Farah Kartini, bertugas di Perak

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya bagi menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan telekomunikasi (telco).

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada jam 9.04 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian baju lengan pendek serta seluar serba hitam, sambil dikawal rapi oleh anggota polis.

Untuk rekod, tertuduh ditahan pada 15 Julai lalu susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada hari sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain