suria

Mahmud Jumaat tarik diri, tak lagi wakili ibu Zayn Rayyan - “Saya bukan peguam sesuai untuk kes ini”

Mahmud Abdul Jumaat membuat pengesahan penarikan diri melalui satu hantaran di Facebook.

PEGUAM Mahmud Abdul Jumaat mengejutkan ramai apabila mengesahkan menarik diri dan tidak lagi mewakili ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Mattin, yang mati dibunuh Disember tahun lalu.

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Mahmud menyatakan dia bukanlah peguam yang sesuai untuk kes berkenaan.

PIC ZAYN

"Saya rasa, saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini. Saya doakan keadilan akan bersama kita semua #justiceforzaynrayyan," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk prosiding sebutan kes, datuk dan nenek turut hadir

Mahmud bagaimanapun tidak membuat sebarang kenyataan lanjut bagi menjelaskan keputusannya.

"Ramai mohon kenyataan saya berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh peguam OKT2 hari ini. Penjelasan saya seperti di atas. Kita doakan keadilan untuk semua.

"Saya masih memohon orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi tentang keputusan ini. Hati-hati, kes masih dalam perbicaraan," katanya dalam ruangan komen.

Terdahulu pada 4 Jun lalu, Mahmud mengundang perhatian ramai apabila mengesahkan menarik diri atas faktor-faktor tertentu.

Tindakan berkenaan dibuat susulan penahanan ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Bagaimanapun pada 11 Jun, Mahmud memaklumkan dia masih mewakili Ismanira yang ketika itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain