suria

Lans koperal suspek kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di mahkamah... Kemas berkemeja lengan pendek

Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit. -Foto Bernama

SUSPEK kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada kira-kira jam 9.06 pagi Jumaat, dengan dikawal ketat anggota polis.

Suspek yang merupakan anggota polis berpangkat lans koperal itu dilihat berpakaian kemeja lengan pendek dan seluar panjang berwarna hitam serta memakai pelitup muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis suspek bunuh Nur Farah Kartini didakwa esok... Hukuman gantung sampai mati menanti

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bergurau, nak tuntut hadiah” - Abang Nur Farah Kartini terkilan sambut ‘birthday’ tanpa adik tersayang... Mahu suspek bunuh dihukum!

Dia bakal menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, suspek ditahan pada 15 Julai lalu susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada hari sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pada Khamis (semalam) berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya sebelum mendapat arahan tuduh ke atas suspek di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu seksaan bagi kesalahan membunuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain