SEORANG anggota polis berusia 26 tahun yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Nur Farah Kartini akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan suspek akan didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Kertas siasatan dilengkapkan dan pada 25 Julai dirujuk ke Pejabat Pendakwaraya Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan mendapat arahan tuduh ke atas suspek di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu seksaan bagi kesalahan membunuh orang. "Suspek akan dituduh pada 26 Julai pukul 9 pagi di Mahkamah Kuala Kubu Bharu. Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berkebolehan cari orang hilang pernah kongsi petunjuk tentang Nur Farah Kartini... Ramalan sejak 10 Julai hampir tepat! Untuk rekod, suspek yang merupakan anggota polis berpangkat lans koperal itu ditahan pada 15 Julai susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gegangsa, Hulu Selangor, pada hari sama. Mangsa, berusia 25 tahun, yang juga lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat kira-kira pukul 8 malam, 10 Julai. Laporan kehilangan gadis dari Sarawak itu dibuat pada 1.56 pagi, 11 Julai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube