KEPULANGAN abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halaman di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak sepi tanpa adik tersayang. Hakikat yang pahit untuk ditelan kerana Mohd Farizza Azmi, 28, serta isteri dan anak bersama Nur Farah Kartini sepatutnya pulang ke kampung bersama-sama untuk bercuti. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Malah, dia turut terkilan kerana tidak dapat hadir mengikuti prosiding pendakwaan suspek di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Jumaat kerana berada di Sarawak. Nur Farah Kartini ditemukan meninggal dunia, dipercayai dibunuh. Bercakap kepada mStar, Mohd Farizza bagaimanapun memaklumkan terdapat wakil keluarganya hadir ke mahkamah. "Saya rasa berpuas hati dapat tahu suspek didakwa, tapi itu belum cukup lagi. Walaupun suspek dituduh dan didakwa di mahkamah, ia tidak dapat mengembalikan adik saya. "Sukar nak digambarkan, hanya Tuhan saja yang tahu... hati saya sangat sedih. Tapi saya berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal," katanya ketika dihubungi mStar. Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini (baju oren) didakwa di mahkamah. Pada Khamis, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini sudah dilengkapkan dan suspek akan didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Kertas siasatan dilengkapkan dan pada 25 Julai dirujuk ke Pejabat Pendakwaraya Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan mendapat arahan tuduh ke atas suspek di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu seksaan bagi kesalahan membunuh orang. "Suspek akan dituduh pada 26 Julai pukul 9 pagi di Mahkamah Kuala Kubu Bharu. Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Abang Nur Farah Kartini luah rasa rindu, terjawab sudah kenapa arwah bersungguh nak cuba masak Laksa Sarawak - “Dia jarang masuk dapur” ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis suspek bunuh Nur Farah Kartini didakwa esok... Hukuman gantung sampai mati menanti Dalam pada itu, Mohd Farizza meluahkan kepulangannya ke kampung pada Khamis kebetulan jatuh pada hari ulang tahunnya ke-28. Kenangan... Nur Farah Kartini (depan) bersama abang dan kakak ipar. Malah katanya, pada awalnya terdapat perancangan untuk menyambut hari istimewa itu bersama keluarga termasuk arwah. "Memang ada perancangan apabila balik kampung nak sambut birthday. Saya sempat bergurau dengan arwah, saya nak tuntut hadiah daripada dia. Walaupun suspek dituduh dan didakwa di mahkamah, ia tidak dapat mengembalikan adik saya. MOHD FARIZZA AZMI ABDULLAH ABANG ALLAHYARHAM NUR FARAH KARTINI "Saya bergurau dengan dia beberapa hari sebelum kehilangan dia. Arwah kata 'Ya, dia nak bagi hadiah'. "Tapi sekarang ni tak mampu nak cakap apa lagi sebab sedih sangat. Dia dah tak ada dan saya memang terasa sangat," katanya sebak. Mohd Farizza menziarah pusara arwah adik, Nur Farah Kartini. Untuk rekod, suspek yang juga anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun itu ditahan pada 15 Julai susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gegangsa, Hulu Selangor, pada hari sama. Mangsa berusia 25 tahun, yang juga lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat kira-kira pukul 8 malam, 10 Julai. Mayat Nur Farah Kartini ditemukan dipercayai dibunuh selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube