suria

Tak boleh lari komen ‘haters’, Khairul Aming nasihat ibu bapa pantau anak-anak baru berjinak media sosial

PERSONALITI media sosial Khairul Aming juga nampaknya tidak terkecuali menjadi mangsa buli siber di media sosial.

Kata Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 31, walaupun kecaman yang diterima tidaklah keterlaluan, namun perkara itu tetap menyentuh perasaannya.

“Tidaklah terlalu banyak sangat yang kecam saya. Mereka kecam mengenai peribadi saya, badan, ada yang kata video bosan, dendeng tidak sedap, sambal ‘overrated’

“Saya juga manusia, ada perasaan. Saya faham itu adalah normal dalam industri, tapi saya tidak galakkan (kecaman) ini berlaku. Saya hanya boleh pesan jagalah jata-kata,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Khairul turut memberi nasihat kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau kegiatan media sosial anak-anak.

“Untuk adik-adik yang baru berjinak dengan media sosial, mereka tidak boleh hadam kecaman. Jadi saya minta ibu bapa untuk pantau anak-anak supaya tidak terlalu terdedah dengan buli siber ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi