suria

Jurujual kereta nekad berhenti kerja, bersedia jika rakan wanita kutuk dalam ‘live’ mahu ambil tindakan

INDIVIDU dikenali sebagai Reeza meluahkan rasa kesal dan bengang apabila mengetahui dirinya menjadi mangsa kutukan dua rakan sekerja semasa mereka sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok (TT).

Terkejut melihat aksi dan kata-kata wanita itu dalam video berkenaan, Rezza berkata dia sama sekali tidak menyangka dirinya menjadi bahan umpatan rakan sekerja.

“Saya baru saja kerja di sebuah syarikat jual kereta dalam 13 hari, kemudian satu hari tu terlihat video dua rakan kerja mengumpat saya secara langsung di TikTok, saya buat video penjelasan bukan untuk keruhkan keadaan tapi sebenarnya ramai yang salah faham kejadian sebenarnya.

“Seorang wanita dalam video tu dah minta maaf kepada saya tapi yang cakap banyak tu tu belum tampil buat permohonan maaf malah saya dapat maklumat dia buat laporan polis, kalau itu yang dia mahukan okay saya pun akan teruskan juga tindakan susulan,” kata Reeza kepada mStar.

Dalam pada itu, Reeza berkata meskipun perkara ini sudah selesai namun tujuan dia membuat pendedahan ini untuk memberikan kesedaran kepada semua supaya tidak menerima nasib yang sama sepertinya.

“Selepas daripada kejadian tu saya berhenti terus daripada syarikat kereta tu, ini juga sebagai pengajaran kepada semua yang suka cakap belakang ni seeloknya henti saja la,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi