suria

Perancang perkahwinan dedah terima ugutan, tak lari bayar hutang RM2 juta... Cari duit jual e-book

BEKAS perancang perkahwinan yang tular sebelum ini kerana didakwa menipu pelanggan akhirnya tampil membuat penjelasan sebenar dan permohonan maaf terhadap mangsa terlibat.

Kata individu yang dikenali sebagai Zurin, dia bertindak mendiamkan diri sebelum ini kerana risau keselamatan dirinya memandangkan menerima pelbagai ancaman termasuklah ugutan bunuh.

“Saya diancam bunuh dan ada mereka yang ingin bunuh keluarga saya juga. Sampaikan semasa saya viral itu, saya masuk ke dalam butik secara senyap-senyap pada tengah malam untuk mengambil baju pengantin.

“Ketika itu memang terseksa dan saya menjadi muflis pada 2018 kemudian saya lari ke Thailand dan duduk di dalam gudang sebulan (disebabkan pelbagai ugutan),” katanya kepada mStar.

Kata Zurin, dia sehingga kini cuba untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM2 juta itu dengan menjual e-book berkaitan perniagaan.

“Hutang lebih kurang RM 2 juta. Saya cuba untuk selesaikan semua, saya sedang berusaha. Saya mahu selesaikan hutang sebab tidak tahu (nyawa) sampai bila. Saya harap Allah bagi masa,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi