suria

Bangga tayang gagal SPM, Cikgu Zack tegur pelajar sibuk nak jadi influencer... “Kalau kau cukup pakej, ada rupa”

TULAR di media sosial seorang pelajar berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun gagal dalam enam subjek dan tidak hadir dua subjek.

Perkara tersebut mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak termasuklah mereka yang berkecimpung dalam dunia pendidikan.

Mengulas mengenai perkara itu, personaliti media sosial yang juga merupakan guru iaitu Cikgu Zack Kirana berkata tindakan pelajar berkenaan dianggap mementingkan diri dan membelakangi kedua orang tua yang banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.

“Untuk yang bangga diri semua gagal dan tak hadir, nampak sangat gagal uruskan diri dan pentingkan diri sebab hidup kita sepatutnya bahagiakan ibu bapa terlebih dahulu. Nampak dia tidak banggakan ibu bapa,” katanya pada mStar.

Dalam pada itum Cikgu Zack atau Saliza Ibrahim, 37, juga meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat pelajar yang mengetepikan pelajaran semata-mata mahu mengejar populariti menjadi pempengaruh.

“Kalau fikir nak jadi pempengaruh untuk tanggung keperluan di masa depan, tarik balik impian itu. Ingat dapat duit ke? Pempengaruh tidak bagi masa depan yang cerah 100 peratus,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi