suria

Dah raba ‘private part’ tapi tak mengaku, wanita ini minta influencer Korea jangan lepas tangan

SEORANG wanita tampil membuat pendedahan mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki berasal dari Korea yang kini menetap di Malaysia dikenali sebagai Jang Minho.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Emma (bukan nama sebenar) itu turut menafikan kenyataan Jang mendakwa dia hanya menyentuh bahagian bahu dan pinggang selain sudah membuat permohonan maaf.

Emma yang mengakui kesilapan keluar bersama lelaki tersebut menjelaskan, sehingga kini Jang masih belum membalas dan meminta maaf terhadap tindakan keji itu.

“Pada awalnya semasa makan malan dia tidak tunjuk lagi perangai sebenar. Kemudian semasa kami keluar minum, saya mabuk dia mula menyentuh saya.

“Kebenarannya, saya tidak tahu pula bahu dan juga pinggang itu bahagian sulit. Tangan itu dia raba saya. Pegang atas bawah,” katanya kepada mStar.

Tambah Emma, dia memberanikan diri mendedahkan mengenai perkara ini kerana mahu Jang bertanggungjawab terhadap tindakannya itu selain memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Saya berasa dendam sebab pertama dia tidak bertanggungjawab. Kedua, kenapa saya bertegas sebab impiannya untuk menjadi selebriti. Bayangkan kalau dia sudah terkenal, apa akan jadi dengan perempuan lain nanti,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi