suria

Respek! Pelajar PHD hidap autisme tulis buku tentang agama, niat murni bantu rakan senasib

TEKAD ingin membantu mereka yang senasib dengan dirinya mendalami ilmu agama, pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa ini mengeluarkan sebuah buku berjudul Fiqh Autisme bagi membantu mereka yang masih mempunyai keraguan mengenai hukum dalam Islam.

Penulisnya iaitu Nur Arif Jasmin, 32, yang juga merupakan pelajar Ijazah Doktor Falsafah Quran Sunnah ini berkata dia tampil dengan idea berkenaan kerana masih belum ada yang menerbitkan buku mengenai ilmu yang berkaitan dengan pesakit autisme.

Disamping itu, Arif turut memberitahu dia juga menulis beberapa artikel lain dan menghantarnya ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diterbitkan.

Berdasarkan artikel yang ditulis, Arif memberitahu dia ingin membantu mereka yang mengidap sakit mental dari perspektif Islam.

“Sejak mengenali kawan-kawan OKU yang lain, saya dapati mereka selain daripada mempunyai kekurangan dalam fizikal,mereka juga ada yang mengidap masalah mental.

“Saya nak tolong orang-orang yang ada sakit mental ni dari perspektif Islam,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi