suria

Hajat tak kesampaian, guru agama meninggal sebelum sempurna haji... Anak kongsi pesanan terakhir

IMPIAN untuk menyempurnakan ibadah haji tidak kesampaian apabila warga emas bernama Abdul Manaf Hanapiah menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat melakukan wukuf di Arafah bersama isterinya.

Menurut anaknya iaitu Syazwani Abd Manaf, 39, memberitahu ayahnya berusia 65 tahun mengalami demam sejak beberapa hari sebelum meninggal dunia.

Diminta berehat sehingga Hari Wukuf, arwah memberitahu dia berasa penat dan ingin berehat di bilik selepas bersarapan bersama isterinya.

Namun selang beberapa minit, dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan tidak sedarkan diri.

“Sebelum kejadian pagi itu dia turun sarapan dengan ibu, lepas makan dia mula rasa mengantuk dan tidak larat dan ingin tidur dibiliknya.

“Tiba-tiba kawan sebilik ayah, panggil ibu beritahu ayah dalam keadaan gelisah dan susah bernafas. Doktor lakukan bantuan pernafasan dan dibawa ke Hospital Syisyah.

“Lepas beberapa hari ayah dibawa ke unit rawatan rapi di Hospital King Abdul Aziz,” kata anaknya kepada mStar.

Selepas beberapa hari berada di unit rawatan rapi dia dipindahkan ke Makkah Medical Centre dan menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.

Difahamkan segala urusan pengurusan jenazah diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi