suria

Lelaki ini sanggup kayuh basikal rentas 7 negara niat buat haji, tapi sayang tiada rezeki visa tak lulus

DISEBABKAN kuota haji terhad kepada 31,600 orang tahun ini, individu dikenali sebagai Ahmad Isa mengambil inisiatif tersendiri bagi merealisasikan impian menunaikan rukun Islam kelima itu bersama isteri serta dua rakan.

Pengembara bernama Ahmad Mohd Isa, 35, berkata dia sanggup mengayuh basikal selama lima bulan merentasi tujuh buah negara semata-mata mahu menunaikan ibadah tersebut selepas permohonannya untuk menunaikan haji gagal.

“Sebenarnya saya tak ada perancangan. Namun kawan saya tekad untuk kayuh (basikal) sampai ke Makkah. Oleh kerana niat dia ingin tunaikan haji dan saya pun belum pernah buat, jadi saya dan isteri ikut serta.

“Kami punya nekad adalah nak selesaikan rukun Islam yang kelima ini secepat yang mungkin dengan apa cara sekalipun. Yang penting kita nak selesaikan rukun Islam kelima sebelum kita meninggal dunia,” katanya kepada mStar.

Bagaimanpun hasrat murni tersebut tidak tercapai apabila visa yang dimohon tidak diluluskan.

“Kami berempat (isteri dan rakan-rakan) berdaftar visa haji tu, Alhamdulillah dengan izin Allah seorang sahaja yang diluluskan visanya dan tiga orang lagi tidak lepas,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi