suria

Bapa 47 tahun tunjuk bakat hasil content parodi, hebat editing pun buat sendiri... Pergi mana-mana orang kenal

TULAR perkongsian video parodi dilakukan oleh seorang lelaki bernama Epul Macha di aplikasi TikTok sehingga meraih perhatian ramai netizen.

Epul atau Saiful Afzar Sinin, 47, berkata dia tidak menyangka perkongsian dibuat sekadar suka-suka itu mendapat perhatian ramai sehingga mendapat jumlah tontonan 4 juta di TikTok.

“Saya mula edit video sejak daripada tahun 2010 lagi, kemudian saya mula buat parodi ni masa pandemik nak hiburkan orang ramai yang tengah dalam kesulitan.

“Tak sangka pula ramai yang terhibur dengan video parodi yang saya hasilkan malah tidak mendapat kecaman sebaliknya mereka sokong pula saya untuk teruskan video parodi seperti ini.

“Alhamdulilah rakan-rakan, keluarga semua banyak membantu beri semangat malah saya beritahu kepada mereka jangan malu sebab niat saya ni baik untuk hiburkan semua orang,” kata Epul kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi