suria

Bertunang ketika sibuk dengan study week, netizen pula minta fokus pelajaran

TINDAKAN melangsungkan pertunangan ketika study week, seorang pelajar sebuah universiti menyorot pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya.

Ummi Nadhirah, 21, berkata, dia tidak terasa hati dengan kritikan netizen terhadapnya kerana mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih mengikat tali pertunangan.

"Sebenarnya saya tiada perancangan langsung nak bertunang ketika study week. Sepatutnya kami bertunang pada cuti pertengahan semester nanti.

"Namun disebabkan kekangan masa, saya dan keluarga mengambil keputusan mengadakan majlis tersebut ketika minggu cuti belajar," katanya kepada mStar.

Jelas Ummi, pertunangannya dengan jejaka pilihan langsung tidak menganggu pelajaran termasuk peperiksaan yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

“Saya faham apa yang mereka cakap itu (minta fokus belajar) dan bagi saya benda itu sebenarnya tidak kacau pun pembelajaran saya," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi