suria

Hebat edit video, ramai nak tengok Sofyank buat filem pula... Ada kekangan tubuh production house

SUDAH lama memasang impian menubuhkan rumah produksi sendiri, personaliti media sosial Sofyank mengakui untuk merealisasikan perkara tersebut bukanlah satu perkara mudah.

Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah, 28, berkata dia tetap nekad mahu menubuhkan rumah produksi tersebut meskipun terdapat pelbagai halangan.

“Untuk sekarang ini apa yang saya tengah buat adalah mencari orang yang boleh buat apa yang saya buat. Maksudnya bekerja dengan bidang video kesan visual (VFX) ini juga.

“Saya ada hubungi beberapa orang. Sampai masanya nanti dan apabila mempunyai bajet yang mencukupi, saya akan buka rumah produksi ini.

“Tapi saya tidak akan terus buka yang besar. Saya akan mula dengan kandungan yang berkualiti, kemudian filem pendek dan barulah yang besar,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai kekangan, Sofyank memaklumkan kekangan masa dan kos menjadi faktor yang perlu diambil kira.

“Kekangan dia sekarang ini adalah masa. Nak buat VFX ini dia sangat memakan masa. Ambil masa dua tiga tahun untuk buat film yang panjang.

“Selain itu kos juga sangat tinggi. Jadi untuk rumah produksi ini, kami tetrbuka untuk sebarang penaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi