VIDEO pendek dihasilkan seorang personaliti media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen.
Selain pujian, ada juga penonton yang kurang senang dengan penghasilan video yang mengangkat mengenai isu masyarakat itu.
Dalam hal ini, Muhammad Izzuddin Hamdi Bin Mohamad Asri atau lebih mesra disapa Komeng, 30, berkata dia tidak berkecil hati dengan kritikan netizen malah menyedari bukan senang untuk memuaskan hati semua orang.
“Setiap perkara yang kita lakukan dalam dunia ini pasti akan ada orang suka dan ada juga yang tidak suka.
“Video saya menjurus ke arah isu masyarakat jadi bila saya melakonkan watak tersebut yang mana terasa akan mengeluarkan kecaman.
“Mereka hanya melepaskan geram dan amarah mereka hanya pada watak dalam video saya dan bukan pada saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI