suria

Ibu Otam mimpi ramai orang berbaju putih datang rumah, rupanya petanda Mak Menah nak ‘pergi’

SEMINGGU sudah berlalu, pempengaruh media sosial OtamBlurr masih terkilan tidak dapat menunaikan impian sepupunya iaitu Mak Menah memiliki kediaman baharu.

Otam atau Mohd Rustam Johari, 37, berkata, dia berasa ralat kerna tidak sempat meminta bantuan bagi mendapatkan rumah baharu buat Allahyarham.

“Dia (arwah) selalu beritahu nak rumah baru tapi tak sempat, itulah yang saya rasa terkilan sangat.

“Tidak menyangka dia betul-betul mendapat rumah baru (kubur),” katanya kepada mStar.

Mak Menah atau Ramnah Abdul Ghani yang sering muncul dalam video tular Otam meninggal dunia pada 26 Julai lalu akibat hipoglisemia dan kesan sampingan penyakit kencing manis.

Mengimbau pemergian Mak Menah, Otam memberitahu ibunya ada mendapat petunjuk dalam mimpi orang ramai datang ke rumah mereka berpakaian putih.

Namun ketika itu, ibunya langsung tidak menyangka ia akan menjadi petanda Mak Menah akan pergi buat selama-lamanya.

"Mak Otam ada mimpi ramai orang berbaju putih datang ke rumah. Saya tak sangka mimpi itu menjadi petanda Mak Menah ingin pergi," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi