SUSULAN pendedahan Siti Jamumall mengenai adik kandungnya iaitu Uciluna yang didakwa sudah membuang keluarga, lelaki itu tampil menjelaskan situasi sebenar.
Uci atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Shukri, 23, berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menjemput Siti Jamumall menghadiri majlis cukur jambul anaknya.
“Isu mengenai ini tidak menjemput ke majlis cukur jambul itu, saya perlu jaga hati orang lain. Sebab itu jugalah saya tidak jemput dia. Kalau ikutkan, saya merupakan orang keempat (dalam keluarga) yang berjauhan dengannya (Siti).
“Kalau kita jemput dia, nanti ada yang lain pula tidak mahu datang. Semasa itu saya perlu membuat pilihan. Jadi, itulah pilihan saya ketika itu,” katanya kepada Mstar.
Uci juga enggan mengulas isu tersebut dengan lebih panjang memandangkan tidak mahu perkara berkenaan berlarutan.
Dalam masa sama, Uci menafikan perbalahan yang berlaku di media sosial tersebut adalah sebagai satu taktik pemasaran selain berharap ia dapat dihentikan dengan segera.
“Saya tidak suka cara pemasaran yang seperti ini. Kita kena jaga nama baik kita di media sosial. Pada sisi saya, ini bukanlah cara pemasaran sebab itu saya tidak mahu respon panjang.
“Tolonglah hentikan (perbalahan ini) buat masa sekarang sebab perkara ini tidak sihat untuk kita berdua (Uci dan Siti) dan juga masyarakat,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI