suria

Ibu sedih orang banding-bandingkan anak, umur 3 tahun bawa berniaga tak hantar sekolah

SEORANG wanita sedih sehingga menitiskan air mata apabila anaknya yang baru berusia tiga tahun dikritik oleh pelanggannya ketika sedang berniaga bubur di tepi jalan.

Ini selepas anaknya dibandingkan dengan kanak-kanak lain seusia yang sudah bersekolah, manakala anaknya masih tidak bersekolah dan menemaninya berniaga.

Malah, Nurbaini Najid, 34, berkata sejak anaknya itu berusia tujuh bulan sudah menerima pelbagai kritikan kerana dia membawanya berniaga di tepi jalan.

Dia juga berkata perkara ini sering kali berlaku dan berlanjutan sehingga ke hari ini.

Sudah lama memendam perasaan, akhirnya dia sudah tidak dapat menahan dan meluahkannya di media sosial.

“Setiap kali seorang hamba Allah ini datang dia akan bandingkan anak saya dengan cucu dia, boleh dikatakan setiap hari benda ini berlaku.

“Daripada usia dia (anak) tujuh bulan hingga usia dia kini sudah memasuki tiga tahun kerap kali orang mengata dan kritik dia,” katanya.

Dalam pada itu, Nurbaini berkata dia enggan menghantar anaknya kepada pengasuh kerana masih trauma dengan tragedi hitam yang menimpa anak saudaranya sebelum ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi