INFLUENCER yang aktif dalam dunia permotoran iaitu Haqiem Stopa memutuskan untuk mengundurkan diri daripada bergelar seorang personaliti media sosial.
Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 24, berkata dia ingin memberi peluang kepada individu lain untuk lebih menonjolkan diri dalam media sosial itu.
“Saya ingin berundur sedikit ke belakang supaya orang lain boleh ke hadapan.
“Saya juga memikirkan masa depan saya jikalau satu ketika nanti sudah berkeluarga, saya tidak mahu perkara-perkara kontroversi menganggu mereka,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, dia juga memberitahu kehidupannya lebih tenang setelah meninggalkan dunia media sosial kerana sudah tidak mendapat kecaman.
“Alhamdulillah saya rasa lebih baik sudah tiada gangguan dan kecaman, ianya baik untuk saya ubah diri saya ke arah yang lebih baik.” ujarnya
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI