suria

Abang Bas kena hentam teruk, Ridhuan Tee nasihat jangan keterlaluan... “Ini masa untuk bagi peluang”

PENDAKWAH bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee menegur tindakan segelintir netizen mengecam seorang pemandu bas yang membuat kandungan di media sosial bersama kanak-kanak sekolah.

Menurut Ridhuan, komen netizen itu hanya mendatangkan kesan buruk terhadap pemuda yang digelar Abang Bas meskipun dia mungkin tidak berniat seperti disangka orang ramai.

“Orang kita ni, bila ada benda yang berlaku, mereka suka kecam tanpa melihat niat dia (Abang Bas). Pada saya, ia tidak perlu dijadikan isu besar. Cukuplah dengan hanya panggil dan tanya sahaja mengapa buat macam itu sahaja.

“Saya percaya Abang Bas ini boleh dibimbing. Kalau macam ini (kecam), kita dera emosi dia. Bimbang dia akan buat benda yang tidak elok. Berilah peluang kepadanya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Ridhuan juga menegaskan tindakan Abang Bas merakam kanak-kanak sekolah adalah salah dan tidak sepatutnya disebarnya di media sosial.

“Kandungan dia buat itu ada baik dan buruk. Abang Bas ini mengakui dia suka kanak-kanak, cuma silapnya dia rakam aktiviti tersebut yang menyebabkan kecaman dan salah faham orang ramai. Pada saya, berpada-pada kongsi (kandungan) di media sosial,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi