suria

Patutlah ramai nak jadi influencer, Dr Say dedah dibayar RM10,000 untuk hadir satu ‘event’

PERSONALITI media sosial dan juga doktor selebriti Dr Say mendedahkan dia mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 sekiranya diminta untuk menghadiri dan memeriahkan sesebuah majlis.

Malah Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin juga menetapkan, nilai tersebut dikenakan hanya untuk penampilan selama empat jam sahaja.

“Saya akan kenakan bayaran sebanyak RM10,000 untuk satu penampilan di majlis. Harga tersebut hanyalah untuk saya datang majlis sahaja dan hanya empat jam.

“Saya rasa kalau tanya pencipta kandungan (content creator) yang lain pun nilai lebih kurang sahaja dengan saya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Dr Say menjelaskan caj tinggi dikenakan oleh pencipta kandungan adalah berbaloi dengan usaha yang dilakukan.

“Orang ingat pencipta kandungan ini senang sahaja cuma ambil telefon dan rakam video. Tetapi sebenarnya dia kena fikir nak edit, jalan cerita, dan pelbagai lagi. Jadi bagi saya sangat munasabah sahaja sekiranya diminta bayar puluh ribu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi