suria

Drama TikTok dipuji lagi best daripada TV, Nasz Kenyang anggap masih ‘newbie’ belum sama level pengarah lain

PERSONALITI media sosial dikenali sebagai Nasz Kenyang menyatakan dirinya belum layak untuk dibandingkan dengan pengarah hebat lain yang ada di Malaysia.

Sebaliknya Nas atau nama sebenar Mohd Nazrin Md Alif, 28, berkata ia merupakan satu penghargaan apabila orang ramai menganggap drama pendek arahannya itu lebih baik daripada drama yang ditayangkan di televisyen.

“Kalau kata lebih baik daripada TV itu saya no komen, tapi saya menganggap ia sebagai satu mini award untuk saya.

“Boleh dikatakan semua ini rezeki, tapi saya tidak mengatakan saya setaraf dengan mereka (pengarah), saya masih meletakkan diri saya di bawah dan saya menganggap saya baru dalam industri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nas mengambil inspirasi daripada gaya pengarahan Syamsul dan Syafiq Yusof untuk menarik perhatian netizen.

“Kalau drama pendek untuk 30 saat pertama saya dah gagal tarik perhatian orang maksudnya saya dah gagal hasilkan drama yang baik, jadi filem-filem Syamsul dan Syafiq mereka berjaya menarik perhatian saya,” Ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi