suria

Dosa besar! Balasan di akhirat menanti individu dedah aib pasangan, ini penjelasan bekas mufti

BEKAS Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menjelaskan perbuatan membuka aib pasangan ke khalayak boleh mengundang balasan buruk di akhirat kelak.

Selain berdosa besar, Abdul Rahman juga berkata individu tersebut diibaratkan seperti memakan daging saudara sendiri selain diikat dengan ular besar di akhirat dan tidak dapat memasuki syurga.

“Agama Islam sangat menggalakkan umatnya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Kalau pasangan yang berkahwin itu bercerai dan kemudian menyebarkan aib, ia seolah-olah makan daging saudara sendiri. Itu satu perbuatan yang jijik.

“Malah ada hadis mengatakan seorang pasangan menyebarkan aib ini akan diikat dengan ular yang besar di hari kiamat. Mereka juga tidak akan masuk ke syurga,” katanya kepada mStar.

Jelas Abdul Rahman, menurut Islam, perkara buruk mengenai pasangan hanya boleh didedahkan kepada orang tertentu seperti mahkamah dan juga bertujuan untuk mendapatkan nasihat.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai kewajipan suami memberi nafkah, Abdul Rahman berkata ia bukanlah hanya sekadar memberi makan, minum, tempat tinggal dan menjaga kesihatan sahaja.

“Suami tanggungjawabnya adalah memberi nafkah. Anak dan isteri pula ada hak untuk meminta apa yang dia mahu. Kalau tidak beri dianggap berdosa. Suami perlu tunaikan keperluan isteri dan juga anak,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi