suria

Tak pandai membaca tapi hebat berniaga, lelaki OKU jual dodol dah mampu beli Lamborghini

BERSTATUS orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang buat individu dikenali sebagai Ewan ini untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Melihat fizikal luarannya kelihatan normal seperti insan lain, namun tiada siapa menyangka Ewan ini insan istimewa dan tidak boleh membaca.

Menjalankan perniagaan dodol, Ewan atau Mohd Eizwan Salleh, 28, berkata dia ingin membuktikan bahawa insan sepertinya juga mampu berjaya malah memasang impian untuk membantu golongan kurang upaya sepertinya untuk berjaya.

“Saya ada impian untuk bantu orang yang kurang upaya seperti saya untuk berjaya memiliki perniagaan juga.

“Saya boleh membaca tapi hanya dua huruf saja yang lain semuanya dibantu oleh keluarga saya,” kata Ewan kepada mStar.

Sementara itu, bapanya iaitu Salleh Wahab, 58, memberitahu pada awalnya bukan mudah untuk menyakinkan anaknya itu untuk melakukan pekerjaan memandangkan Ewan tidak boleh membaca serta mempunyai karakter berbeza tidak seperti orang normal.

“Awalnya memang tak tahu anak saya ni statusnya OKU (orang kurang upaya)tapi bila lama-lama baru perasan diperingkat sekolah, doktor sahkan dia kurang daripada segi pembelajaran dan tak boleh membaca serta fokus.

“Memang sukar sebab pada ketika itu dia (Ewan) tidak tahu menilai erti perniagaan, jadi kami mengambil masa yang agak panjang untuk menyakinkannya dengan perniagaan,” kata bapanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi