KEMESRAAN yang dipamerkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Syed Saddiq dilihat mendapat restu pelbagai pihak termasuklah ibu dan abang kepada Ahli Parlimen Muar itu.
Berterima kasih dengan perkara tersebut, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah enggan memberikan respon lanjut memandangkan tidak sempat melihat hantaran tersebut.
“Saya minta maaf yang saya belum lagi tengok hantaran berkenaan perkara itu. Saya sekarang ini sibuk dan hanya fokus kepada diri dan anak-anak sahaja. Tetapi, terima kasih kerana doakan yang baik-baik.
“Saya percaya yang semua orang suka dengan doa yang baik. Sekarang ini pun bulan Ramadan, jadi saya mahu fokus kepada ibadah sahaja dulu,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Bella turut menafikan bahawa anak lelakinya iaitu Ayden memanggil Syed Saddiq dengan gelaran ‘dad’.
“Oh tidak, saya tidak dengar. Saya ada ternampak dekat TikTok, tetapi saya tidak dengar. Tiada,” responnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI