suria

Karakter berubah-ubah... Lisdawati kongsi pengalaman dekati sahabat hidap sakit mental

PELAKON Lisdawati berkongsi pengalamannya mendekati individu yang berdepan masalah gangguan mental.

Kata Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin, 47, dia cuba membantu memulihkan keadaan memandangkan individu berkenaan merupakan kenalan rapatnya.

“Individu saya kenal tu berada di dunia lain dan berubah karekter macam tiba-tiba saja, saya mula perasaan sejak dia (kenalan) tu tak cukup tidur, tertekan dan selalu termenung.

“Dulu saya kenal karekter dia lain tapi mula nampak pelik sebab berubah 100 peratus kemudian saya diam saja sebab saya tahu dia berada dalam dunia dia.

“Mungkin ada tekanan perasaan dan jiwa yang sukar untuk dikawal lagi sebab tu jadi macam ni, takut juga pada mulanya tapi untuk pulihkan keadaan saya hantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi