suria

Hannah Delisha bersedia hamil lagi, tiada trauma selepas setahun keguguran

SELEPAS setahun mengalami keguguran pada Mac tahun lalu, pelakon Hannah Delisha memberitahu dia kini sudah bersedia sekiranya dikurniakan rezeki untuk hamil kembali.

Meskipun sudah bersedia, Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berkata buat masa ini dia belum terfikir untuk menimang anak dalam tempoh terdekat memandangkan jadual kerja padat sehingga hujung tahun ini.

”Selepas alami keguguran tahun lepas... kalau nak cuba untuk anak kedua mungkin fobia atau trauma sikit tapi sekarang macam tidak lagi.

”Sekarang saya sudah okay... cuma jadual kerja padat sehingga hujung tahun ni tapi sekiranya dalam kesibukan tu ada rezeki anak, saya terima saja apa yang tuhan berikan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hanna kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Dendam Seorang Madu bersama pelakon Reza Rosli, Sweet Qismina dan Lisdawati yang bakal ditayangkan pada 3 Mac ini di Astro Prima.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi