suria

Jumpa banyak duit syiling depan gerai bukan gimik, Amir Raja Lawak jadi tak semangat niaga

PELAWAK Amir Raja Lawak menafikan dakwaan kononnya kisah penemuan duit syiling digerainya sebelum ini merupakan gimik untuk melariskan perniagaannya.

Malah, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, memberitahu sehingga kini dia masih menerima gangguan apabila duit syiling ditemui semakin bertambah setiap hari.

“Selepas saya buat perkongsian di media sosial mengenai jumpa duit syiling tu ingatkan sudah tiada tapi sekarang ni masih ada lagi jumpa duit tu dekat kedai saya dan hampir dua bulan macam tu.

“Yang saya syak itu sihir sebab selalu sangat jumpa duit syiling dan boleh dikatakan hari-hari duit syiling jatuh di kedai malah saya kutip dan bila dikumpulkan cecah RM5.

“Apa tujuannya kalau saya nak buat konten sebab kalau tengok video saya kongsi bila jumpa duit syiling bawah pelapik tu, duit itu sudah lama ada dekat tempat tu dan warna hitam jadi untuk apa saya buat semua ini,” katanya kepada mStar.  

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi