PERSONALITI media sosial, Azfar Heri berharap kemelut yang berlaku di antara rakan iaitu Imran Bard dan pelakon Ellie Suriaty dapat diselesaikan secara baik memandangkan kedua-duanya sudah dewasa dan mampu berfikir secara matang.
Mengakui ada melihat konten tersebut, Azfar atau Azfar Herisyam, 27, menganggap ia merupakan satu video yang hanya gurauan dan tidak mengangka ia boleh mengguris perasaan orang lain.
“Saya cuma harap mereka berdua dapat selesaikannya dengan baik sebab sudah besar, dan lagipun menjelang puasa, jadi sama-samalah berbaik.
“Kami tidak sempat untuk bercerita panjang. Tetapi mengenali Imran, dia seorang yang sangat baik dan selalu ada ketika susah senang. Apa yang dia buat itu bagi saya tidak memberikan apa-apa maksud,” katanya kepada mStar.
Disebabkan perkara tersebut berlaku, Azfar berkata dia kini lebih berhati-hati untuk membuat video supaya tidak dianggap keterlaluan.
“Ia satu pengajaran dan lebih berhati-hati selepas ini. Saya kena fikir dua atau tiga kali untuk membuat hantaran,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI