suria

Itu pakaian lelaki! Agy masih tahu batas, anggap individu kecam tak faham fesyen

NAMA disebut-sebut sebagai salah seorang tetamu yang berpakaian seperti wanita semasa Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), personaliti media sosial Agy tampil bersuara dan mempertahankan dirinya. 

Mengakui penat kerana sering menerima kecaman, Agy atau Muhammad Affizy Mohd Khairy, 30, menganggap tuduhan tersebut dilakukan adalah disebabkan individu berkenaan tidak pernah terdedah dengan fesyen terkini. 

“Siapa yang dalam bidang fesyen tahulah baju itu sebenarnya casual yang kita fesyenkan kepada zaman sekarang. Saya juga sama sekali tidak pernah berpakaian seperti wanita. 

“Mana yang rasa tidak puas hati, itu hanyalah kekesalan diri mereka sendiri mungkin kerana tidak mampu pakai seperti saya ataupun tidak terdedah dengan benda itu. Kita dalam industri seni, jadi saya ada imej yang perlu dijaga. Selagi saya mampu, saya akan pakai seperti lelaki. 

“Ada yang bertanya, ada ke pihak tertentu hubungi saya? Jawapannya tidak sebab saya tidak terlibat langsung dengan perkara tersebut,” katanya kepada mStar. 

Dalam perkembangan lain, Agy memaklumkan dia kini sedang fokus dengan projek lagu raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Didakwa melodi lagu tersebut seperti lagu Seminggu Berhari Raya oleh Senario, Agy menjelaskan dia tidak pernah terfikir untuk meniru karya berkenaan.

“Sejujurnya saya tidak perasan lagu itu seperti Senario. Tetapi Alhamdulillah ada yang kata sama sebab kita tahu yang lagu mereka (Senario) diterima orang. Jadi, insya-Allah lagu ini juga akan diterima ramai,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi