suria

Terlalu awal nak ‘bersara’ AJL, Aina Abdul mahu fokus karya betul-betul layak bertanding

PENYANYI Aina Abdul mengakui terasa hati dengan kecaman diterima selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, penyampaiannya menerusi lagu Puas Sudah disalah erti segelintir netizen yang menganggapnya berlebihan dan sengaja mencari perhatian.

“Ada sikit merajuk, tapi tidaklah sampai terlalu kecewa. Saya manusia biasa, jadi bila usaha diberikan sepenuh hati tetapi tetap tidak dihargai, sedikit sebanyak terasa juga.

“Netizen kecam saya seolah-olah saya tidak memberikan kualiti pada persembahan AJL tempoh hari. Saya merasakan macam di AJL itu mereka (netizen) tidak lagi melihat kualiti. Ini bagi saya lah, saya bukan bercakap bagi pihak orang lain.

“Melihat bagaimana netizen melayan saya sebegini, memang kecil hati. Saya cuma ada satu matlamat iaitu mahu berlaku jujur dalam berkarya. Itu yang saya cuba tonjolkan. Bukan mahu menunjuk atau ‘show off’, tetapi demi lagu dan seni,” katanya kepada mStar.

Aina memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan 'Raya Romantics' di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Dalam masa sama, mengulas mengenai dakwaan dia bakal berhenti daripada memasuki AJL, Aina berkata ia adalah bergantung kepada karyanya yang seterusnya.

“Berhenti AJL itu subjektif bagi saya. Bagi saya, kalau tidak yakin dengan karya, saya tidak akan masuk. Saya mahu fokus dahulu untuk buat karya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi