TIADA niat untuk memburuk-burukkan mana-mana individu, personaliti media sosial Imran Bard menjelaskan punca dia menggunakan nama pelakon Ellie Suriaty sebagai content di TikTok.
Kata Imran, dia menggunakan nama Ellie kerana menyukai lakonan pelakon senior berusia 54 tahun itu.
“Saya Imran Bard memohon maaf secara terbuka kepada Ellie Suriaty. Saya menyesal dengan tindakan itu dan selepas ini akan berhati-hati membuat konten.
“Satu sahaja saya nak cakap, saya letak nama dia sebab saya memang minat dan tengok cerita lakonannya, sebab itulah nama dia terngiang-ngiang di fikiran. Sama juga dengan artis veteran lain,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Imran juga mengakui ada menghantar mesej di akaun Instagram Ellie untuk membuat permohonan maaf, namun ia tidak dibalas.
“Sekarang ini keadaan semakin baik dan netizen pun tidak tahu yang saya sudah minta maaf secara peribadi di Instagram kepadanya tetapi masih belum ada maklum balas,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI