PELAKON Fadhli Masoot tidak merancang untuk berehat dari dunia lakonan demi memberi tumpuan menjaga bayi perempuannya yang baru berusia dua bulan.
Fadhli, 28, berkata, selain kariernya sedang berkembang, dia menganggap kehadiran cahaya mata adalah pembuka rezeki.
"Secara peribadi saya belum puas berlakon dan tak terfikir nak berehat sebab anak bukan penghalang tetapi punca rezeki saya bertambah.
"Kalau saya berehat takut nanti saya terpaksa jual buah pula hendak sara keluarga.
"Saya kena kerja keras sebab ada tiga perut perlu saya jaga," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Fadhli juga mengakui sejak menjadi seorang bapa, dia lebih gemar untuk berada di rumah bersama keluarga.
"Sekarang ini perubahan saya adalah masa. Lebih banyak diluangkan bersama anak.
"Kalau dah keluar rumah tu, rasa nak cepat balik sahaja dan kadang-kadang tu, rasa tidak mahu keluar,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI