suria

Nora Danish tak tutup pintu hati untuk kahwin lagi, masih belum jumpa calon suami

DUA kali gagal dalam alam perkahwinan, pelakon Nora Danish menjelaskan dia masih lagi belum putus harapan mahupun fobia untuk mencari teman hidup baharu.

Nora, 43, berkata dia ada menitipkan doa supaya dipertemukan jodoh yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan semasa menunaikan umrah pada Februari lalu.

“Siapa sahaja tidak mahu kahwin kan? Saya pun tidak pernah putus harapan ataupun trauma dengan perkahwinan sebelum. Saya ada doa (semasa di umrah) untuk dipertemukan dengan insan yang baik. Namun, biar saya berubah ke arah kebaikan dulu.

“Bila kita sudah faham agama, jadi saya mahu cari orang yang sesuai, mempunyai hati yang baik. Namun sehingga sekarang masih belum jumpa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi