MELIHAT kemesraan terjalin antara Bella Astillah dan Syed Saddiq Abdul Rahman, abang kepada Ahli Parlimen Muar itu iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman meminta supaya adiknya segera mengakhiri zaman bujang bersama aktres berkenaan.
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah, 36, berkata ibunya iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz juga turut merestui hubungan tersebut.
"Saddiq kahwin cepat, bagi la peluang dekat abang awak ni kahwin pula malah saya suka lihat adik saya macam ini.
"Mama adalah orang yang sangat supportive pada semua anak-anaknya sebab nak tengok semuanya gembira dan bila lihat Saddiq gembira jadi tumpang sama.
"Mama pernah jumpa Bella tapi hanya jangka masa sekejap saja dan mama ada cerita perkara itu, kami okay saja dengan hubungan mereka," kata Syed Abdul Rahman kepada mStar.
Dalam pada itu, Syed Abdullah memberitahu karakter adiknya nampak berbeza sejak menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah.
"Bila kita nampak Saddiq berenang dan panjat gunung... ini sangat lain dan perkara baharu buat saya kerana nampak adik saya macam ini," ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI