MENJADI fenomena selepas disatukan sebagai model dan konten pakaian raya jenama Primavalet, ramai peminat mendoakan supaya pelakon dan penyanyi Bella Astillah dijodohkan bersama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq.
Mengulas mengenai perkara itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata dia menyerahkan segala takdir kepada Allah.
“Kita doakan yang baik-baik sahaja. Sekarang ini saya hanya fokus kepada kerja terlebih dahulu. Dan selebihnya itu saya serahkan (takdir) kepada Allah.
“Kalau ada (jodoh), Alhamdulillah. Untuk sekarang ini kita simpan dahulu,” katanya kepada mStar ketika ditemui di butik Primavalet, Bangi.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI