suria

‘Keluarga Itu’ dikecam sampai agamawan pun tegur, Rosyam Nor minta ambil maksud tersirat

MENERIMA kritikan hebat di media sosial gara-gara babak kontroversi dalam drama Keluarga Itu, pelakon Datuk Rosyam Nor menganggap ia adalah perkara positif dan membuktikan lakonannya sampai kepada penonton. 

Tidak menghiraukan segala kecaman yang dilontarkan, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 58, berharap supaya orang ramai dapat melihat maksud yang cuba disampaikan melalui drama tersebut. 

“Saya hanya buat kerja saya sahaja supaya orang tengok apa yang tersirat dalam drama itu. Kalau nak kata mengenai kecaman, kami (pelakon) ini sudah selalu dikecam walaupun buat baik atau buruk. 

“Apa yang penting adalah mereka mengetahui perkara tersirat cerita itu. Perkara ini memang berlaku dalam masyarakat.

“Ini adalah untuk generasi akan datang. Susahlah kalau nak sorokkan perkara itu. Hiburan ini juga merupakan platform untuk menyampaikan dakwah,” katanya kepada mStar.

Rosyam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media dan Majlis Tayangan Program Raya Astro 2025, di Bandar Utama, pada Rabu. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi