suria

Terkejut timbul gosip dah berkahwin, Siti Nordiana sudah terbiasa hidup sebagai ibu tunggal

TERKEJUT dengan gosip berita yang mengatakan dirinya sudahpun melangsungkan perkahwinan, penyanyi Siti Nordiana tampil menafikan dakwaan berita yang tular itu.

Tidak mengetahui permulaan gosip itu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 41, tidak menolak kemungkinan status sebagai ibu tunggal menjadi punca khabar angin itu timbul.

"Sejujurnya saya terkejut dan pernah terbaca artikel tentang perkara itu. Saya pun tak tahu menahu daripada mana cerita ini datang. Berita itu tidak sahih.

"Saya pun tak pasti bagaimana spekulasi itu boleh timbul. Mungkin sebab saya sudah lama hidup solo. Kalau sudah lama solo ni, kita pasti akan sentiasa menjadi sasaran untuk digosipkan,” katanya kepada mStar.

Nana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media dan Majlis Tayangan Program Raya Astro 2025, di Bandar Utama, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nana berkata, dia masih belum tertutup pintu hati untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas 16 tahun kembali solo.

"Saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk jodoh saya. Kita serahkan saja (soal jodoh) kepada Allah SWT.

"Hati saya tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga, Insya-Allah," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi