suria

Shaheizy Sam seronok Syeriv dah mampu puasa, siap tawar diri jadi imam solat

PELAKON Shaheizy Sam memberitahu dia tidak pernah menabur janji untuk memberikan duit sekiranya anak sulungnya Syeriv Samheizy berjaya berpuasa penuh dalam bulan ini.

Berkongsi perkara itu, Sam atau Shahiezy Sam Abdul Samad, 43, berkata dia bersyukur kerana anak sulungnya itu mula belajar berpuasa pada tahun ini tanpa sebarang masalah.

 

“Alhamdulillah Syeriv anak paling besar tu sudah mula belajar berpuasa, okay sangat tapi yang perempuan belum lagi.

"Sam tak mahu dia (Syeriv) berpuasa sebab duit, jadi tak mahu latih mereka dengan janji seperti ini tapi tak tahu la kalau mak dia ada janji sesuatu ke sebab saya tak nak dia berpuasa sebab nak duit raya," kata Sam kepada mStar.

Sementara itu Sam turut memberitahu selain berpuasa, Syeriz juga mula menjinak-jinakkan dirinya dengan agama sekarang ini.

"Dia bersekolah yang memang belajar agama, bila waktu solat pun, Syeriv nak jadi imam untuk mak dia... jadi dia banyak belajar mengenai puasa dan solat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sam bakal muncul dalam filem aksi berjudul Felino terbitan Art Ornament Sdn Bhd dan Heartwork Pictures Sdn Bhd. 

Filem ini dijangka mulai penggambaran pada Mei ini yang membariskan beberapa pelakon hebat seperti Adi Putra, Fify Azmi, Andy Teh dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi