USAHAWAN sensasi Liana Rosli terpaksa mengganti semula kesemua bungkusan barangan pelanggan yang dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.
Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM, 44, berkata barangan yang dicuri mencecah hingga ribuan bungkusan.
“Barangan dan duit raya yang hilang itu cecah ribu bungkusan. Harga keseluruhan kita tidak dapat pastikan berapa. Namun, saya terpaksa ganti semula barang yang hilang beserta duit raya itu.
“Jadi selepas ini, saya tidak mahu umumkan ada duit raya lagi. Jadi saya akan tukar dengan cara buat peraduan sahaja,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI