SELEPAS kembali aktif bersama Sepah, pelawak Shuib memberitahu keutamaan dia dan Mamat bukan lagi dalam bidang komedi sebaliknya beralih kepada perniagaan pula.
Menurut Shuib atau Shamira Muhammad, 41, mereka juga tidak lagi berminat untuk menyertai mana-mana program pertandingan lawak kerana mahu memberikan peluang kepada pelapis baharu.
“Saya sudah 41... Mamat pula 40 jadi bila nak buat kelakar tu rasa macam pelik pula, risau tak kelakar pun ada, jadi lebih baik kami fokus kepada perniagaan.
“Kalau tanya saya memang tak (kembali aktif industri) rasa macam diri ini tidak layak untuk berada dalam mana-mana program komedi sebab ramai lagi yang lebih bagus.
“Sekarang ni cuba manfaat apa yang ada saja, kalau pandai berniaga jadi kami gunakan nama ini untuk meniaga, saya sudah sampai limit dan sudah lima tahun lepas pun sebenarnya… cukup la sekarang ni fokus perniagaan saja dengan Mamat,” kata Shuib kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Sepah baru sahaja membuka sebuah restoran Ayam Penyet Sepah yang bertempat di MITC, Melaka.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI