BAGI segelintir yang tidak sayangkan nyawa sendiri, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dianggap sebagai tidak penting dan meneruskan rutin harian seperti sebelum ini. Mereka bebas ke tempat-tempat terbuka setiap hari kerana menganggap wabak Covid-19 sudah tidak ada. Sekiranya anda berfikiran sedemikian, anda sebenar silap besar kerana 'pembunuh senyap' itu masih berada di luar sana dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk hinggap ke badan anda. ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Bahaya pegang wajah sendiri... Ini 5 tip kawal tabiat tanpa disedari ini Beberapa kelonggaran pergerakan diberikan, namun ia tidak bermakna anda bebas pergi ke sana sini tanpa tujuan penting. Susulan itu anda disarankan mengikut beberapa langkah kekal selamat jika berada di tempat awam. Malah langkah-langkah ini turut diamalkan di seluruh dunia. 1. Sentiasa basuh tangan Sejak awal penyebaran ini menular di seluruh dunia, nasihat pertama kepada semua orang adalah sentiasa membasuh tangan dengan sabun ketika berada di rumah, manakala menggunakan sanitizer ketika berada di luar. Pastikan pakaian dan tangan anda sentiasa bersih. 2. Pakai penutup hidung dan mulut (mask) Sehingga kini masih ada lagi yang berdegil apabila keluar rumah tanpa memakai penutup mulut dan hidung ini. Tidak kira anda berada dalam keadaan sihat atau tidak, jadikan pemakaian topeng muka ini sebagai norma baharu. 3. Penjarakkan selamat Tidak kira di mana anda berada, penjarakkan sosial amat penting bagi mengurangkan risiko jangkitan kerana kita tidak tahu dengan siapa kita berdepan yang kemungkinan yang telah dijangkiti Cobid-19. Jadi, pastikan jarak anda selamat ketika bercakap. Kerja di rumah atau pastikan penjarakkan sosial ketika berada di luar. 4. Kurangkan masa di pejabat Jika anda terpaksa bekerja dari pejabat, jangan menghabiskan masa dengan rakan-rakan di pejabat terlalu lama. Makin kurang orang di pejabat, makin kurang risiko penularan. 5. Pakai baju bersih Kajian mendapati virus boleh hidup di fabrik selama beberapa hari. Jadi pastikan pakaian anda terus dibasuh setiap kali selepas keluar rumah. Amalkan kebersihan maksimum dalam kehidupan harian anda. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!