suria

Ibu-ibu kena rajin sikit, buat sendiri minyak bawang putih... Petua orang lama legakan batuk berkahak, selsema

Minyak bawang putih dikatakan boleh merawat kanak-kanak yang batuk dan selsema.

CUACA panas yang melanda yang ketika ini turut membawa 'pakej-pakej' penyakit merangkumi demam, batuk, selsema dan macam-macam lagi.

Selain bergantung kepada ubat moden, kaum ibu juga boleh mencuba petua alternatif menggunakan minyak bawang putih untuk merawat anak-anak yang sedang mengalami batuk atau selsema.

Menurut Noor Shuhaidah atau Cik Aida, petua mudah itu menggunakan bawang putih bakar yang diadun dengan minyak untuk disapu pada bahagian tubuh anak.

Cara-cara:

1. Ambil lima hingga enam ulas bawang putih dan buang kulitnya.

2. Bakar bawang putih di atas dapur gas sehingga ia bertukar kehitam-hitaman.

3. Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar dan masukkan ke dalam bekas kosong yang bertutup.

bawang2

Bakar bawang putih untuk dijadikan sebagai ubat selsema dan batuk.

4. Tambahkan sedikit minyak, boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain.

5. Siap untuk digunakan. Sapukan pada batang hidung, belakang badan, dada dan leher anak selepas mandi.

6. Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam.

Akhir perkongsian, Cik Aida berpesan kepada ibu-ibu agar mencubanya dalam kuantiti yang sedikit ketika pertama kali menggunakan petua ini ke atas anak kecil.

"Pastikan cuba dalam kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi. Kalau nampak tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah bayi mungkin sensitif dan tak tahan.

"Apapun, jika simptom batuk dan selsema berterusan atau bertambah teruk, Cik Aida sarankan bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain