suria

Salam Maal Hijrah! Jom ulangkaji kembali 12 bulan Hijrah dan maknanya

Umat Islam menyambut Tahun Baharu Islam iaitu 1441 Hijrah pada Khamis.

KEDATANGAN 1 Muharram pada Khamis lalu juga memandakan masuknya Tahun Baharu Islam iaitu 1441 Hijrah.

Kalendar hijrah terdiri daripada 12 bulan yang memiliki nama tersendiri dan diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebut pahala puasa, baca surah Al-Ikhlas 1,000 kali antara amalan Hari Asyura

Tahun pertama hijrah bermula ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari kota Makkah ke Madinah pada 622 Masihi.

Berbeza dengan tahun Masihi, pengiraan kalendar Hijrah dibuat berdasarkan kitaran bulan mengelilingi bumi. Dalam setahun, bulan mengelilingi bumi sebanyak 12 kali.

Jumlah 12 bulan itu juga sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 36 (maksudnya): Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Empat bulan yang dihormati atau bulan suci itu adalah Muharram, Rejab, Dzulkaedah dan Dzulhijjah.

Mungkin ada yang sudah terlupa, apa kata ulangkaji kembali 12 bulan hijrah berserta maknanya;



Muharam adalah bulan yang melarang sebarang pertumpahan darah atau berperang.

Muharam - Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan tersebut dilarang menumpahkan darah atau berperang.

Safar - Ertinya kosong. Penamaan bulan ini disebabkan pada bulan ini, semua lelaki arab di zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga tempat asal mereka tiada orang lelaki.

Rabiul Awal - Ertinya berasal dari perkataan Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki setelah meninggalkan rumah atau pergi merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah buat umat Islam.

Rabiul Akhir - Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

Jamadil Awal - Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau.

Jamadil Akhir - Ertinya musim kemarau yang berakhir.



Zulhijjah adalah bulan untuk menunaikan ibadah haji.

Rejab - Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dahulu sangat memuliakan bulan ini dan di antaranya ialah dilarang berperang di bulan Rejab.

Sya'aban - Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok untuk mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam pada bulan ini adalah pertukaran kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).

Ramadan - Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran. Satu bulan yang punyai pelbagai kelebihan dan keutamaan. Ia melambangkan kesucian dan amat penting bagi umat Islam.

Syawal - Ertinya kebahagiaan. Iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan ibadah puasa dan zakat fitrah.

Zulkaedah - Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan bulan istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmati istirehat di rumah di bulan ini.

Zulhijjah - Ertinya menunaikan haji. Bulan ini merupakan bulan untuk menunaikan ibadah haji sejak dari Zaman Nabi Adam a.s.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain