suria

Sifat pengecut Yahudi dirakam dalam Al-Quran, bangsa ini tidak akan hidup aman! Doa senjata paling ampuh untuk bantu umat Islam Palestin

Kemusnahan yang berlaku di Gaza disebabkan kerakusan pihak zionis.

ZIONIS merupakan gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang menubuhkan negara bangsa Israel di kawasan Palestin.

Yahudi tidak mempunyai negara sendiri sehinggakan mereka menjajah tanah Palestin untuk dijadikan negara mereka. Walaupun mereka dikatakan mempunyai alat ketenteraan antara yang terbaik dunia tetapi sifat pengecut rejim Israel ini dirakamkan di dalam Surah Al-Hashr ayat 14:

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang remeh kekejaman Israel! Ketahui sejarah Palestin dan keistimewaan al-Aqsa, kawasan suci ketiga bagi umat Islam

Dewasa ini, kebanyakan umat Islam sudah tidak memahami dan mengambil cakna akan isu-isu berkaitan dengan Palestin yang mana ia membabitkan umat Islam dan ada kepentingannya kepada dunia Islam.



Kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa rejim Zionis.

Situasi ini termasuklah konflik antara Palestin dan rejim Israel. Ramai yang mengatakan bahawa ia hanyalah satu konflik politik dunia Arab dan ada yang mengatakan ia adalah soal perkauman.

Ada juga yang mengatakan bahawa kita tidak perlu ambil peduli dengan apa yang berlaku di sana dan ada juga yang terus menyokong rejim Zionis.

Ingatlah firman Allah di dalam Surah Al-Hashr ayat 11: Tidakkah engkau melihat dan berasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!. Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, mempertahankan saudara-saudara kita di bumi Palestin merupakan satu tuntutan dalam agama ini bukan hanya kerana tanah mereka dijajah oleh rejim Israel tetapi mereka telah mencemari Masjid al-Aqsa iaitu kiblat pertama dan tempat ketiga paling suci dalam ibadah selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Abu Dzar menceritakan: Kami sedang mengingati antara satu sama lain dan Rasulullah berada di sisi kami berkaitan yang mana lebih afdal di antara masjid Rasulullah dan juga masjid Bait al-Maqdis.



Rejim Israel telah mencemari Masjid al-Aqsa iaitu kiblat pertama dan tempat ketiga paling suci dalam ibadah selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Maka Rasulullah bersabda: Solat di masjidku ini lebih afdal daripada empat kali solat di Bait al-Maqdis. Alangkah nikmatnya bagi orang yang solat. Sesungguhnya akan tiba satu masa, seseorang itu memiliki tanah seukuran tali kuda sehingga dia mampu melihat Bait al-Maqdis. Hal itu adalah lebih baik baginya daripada dunia keseluruhannya atau lebih baik daripada dunia dan seisinya. - [HR al-Hakim 8553].

Seharus dan sewajibnya bagi umat Islam bangkit untuk melakukan apa sahaja tindakan yang boleh menunjukkan sokongan kita kepada umat Islam di Palestin. Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah:

1. Berdoa

Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Maka titipkan doa untuk pejuang-pejuang Palestin dalam munajat kita.

Ini kerana sabda Baginda Rasulullah: Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: Dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan). - [HR Muslim 4912].

Antara doa yang boleh dibaca ketika selesai solat fardu ialah:

Ya Allah turunkanlah hukumanMu atas kaum Yahudi yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Palestin.

Ya Allah hukumlah mereka sesungguhnya mereka tak mampu melemahkanMu, Ya Allah cerai-beraikan mereka porak-porandakan kesatuan mereka dan turunkanlah balasanMu atas mereka.

Ya Allah kumpulkan dan binasakanlah mereka dan janganlah Kamu sisakan sedikitpun dari mereka, Ya Allah turunkanlah atas mereka dan semua pihak yang membantu mereka balasanMu yang tidak dapat ditolak oleh kaum pembuat kezaliman.

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin yang lemah di Palestin, Ya Allah sayangi dan kasihilah mereka dan keluarkanlah mereka dari segala masalah yang mereka alami saat ini.

Ya Allah terimalah syuhada mereka dan sembuhkanlah yang luka dan sakit dari kalangan mereka, Ya Allah tetaplah bersama mereka dan jauhilah musuh-musuh mereka kerana tiada daya dan kekuatan bagi mereka kecuali dariMu.

Ya Allah turunkanlah pertolonganMu buat kaum mujahidin di Palestin.

2. Nyatakan sokongan di laman sosial

Media sosial merupakan salah satu saluran bagi menunjukkan bantahan kita terhadap apa yang berlaku di bumi Palestin.

Inilah antara salah satu benda yang ditakuti oleh Zionis Israel kerana apabila warga net mula bertindak balas atas segala perbuatan yang telah mereka lakukan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kezaliman yang di buat harus dipertontonkan di mata dunia agar keperitan rakyat Palestin dirasai bersama.

Sabda Baginda Rasulullah: Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam. - [HR Bukhari 5552].

3. Berhenti membeli produk dari Israel

Melemahkan ekonomi merupakan salah satu tindakan yang amat berkesan bagi menjatuhkan Zionis Israel. Mengenali syarikat-syarikat Israel bukanlah satu perkara yang sukar buat masa sekarang. Ini kerana, teknologi masa kini dapat digunakan bagi mengenali mana-mana syarikat yang diasaskan oleh Israel.

Memboikot barangan Israel merupakan satu tanda protes rakyat Malaysia terhadap serangan rejim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.



Setiap sumbangan yang dihulurkan untuk meringankan beban umat Islam yang lain akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat oleh Allah.

4. Memberi sumbangan

Sumbangan yang diberikan dapat digunakan bagi membantu rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan Zionis.

Rakyat Malaysia yang dikenali sebagai rakyat yang pemurah perlu menyahut seruan untuk membantu saudara-saudara kita di sana bagi mengurangkan beban mereka yang kehilangan rumah, kesihatan dan infrastruktur yang musnah akibat serangan ke atas Gaza.

Wang yang disedekahkan akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita juga turut membantu dan menolong saudara seagama kita di sana. Semoga derma yang diberikan menjadi saham akhirat kita di sana nanti.

Sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. - [HR Muslim 2699]

Golda Meir (Perdana Menteri Israel Ke-4) pernah berkata: Di hari kami membakar Masjidil Aqsa, saya tidak tidur sepanjang malam kerana saya ketakutan bahawa Orang Arab (Islam) menyerangi Israel beramai-ramai dari segenap tempat, namun apabila matahari terbit keesokan harinya, saya sedar bahawa kami boleh berbuat apa yang kami mahu (terhadap Masjidil Aqsa) kerana kami berhadapan dengan umat yang tidur.

Ayuh Umat Islam! Bangkitlah menentang kezaliman dan tunjukan sokongan kita di semua saluran yang ada khususnya di media sosial serta tingkatkan amal ibadah dan juga ilmu agar umat Islam menjadi umat contoh yang dapat mengusai dunia dalam semua aspek.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain