KETIKA dunia akhir zaman ini umat Islam sebahagiannya amat jauh daripada al-Quran. Jauhnya sehingga mereka tidak tahu apa yang ada dalam al-Quran sebaliknya bahan lain pula yang menjadi rujukan dan panduan dalam hidup mereka. Nak dapatkan apa-apa maklumat, bukannya al-Quran yang digali, dikaji tetapi bahan lain yang dirujuknya. Sedangkan al-Quran itu adalah panduan hidup kita. Dalam banyak ayat antaranya, menyatakan seperti berikut: Ayat kedua dalam surah yang paling panjang iaitu surah Al-Baqarah, Allah menyatakan bahawa: “Itulah kitab Al-Quran, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak ) bertakwa. Dalam surah Ali Imran (ayat 3) Allah berfirman: Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci al-Quran dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga yang menurunkan kita-kitab Taurat dan Injil. Dalam surah al-Kahfi ayat pertama Allah menegaskan bahawa: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad SAW) kitab suci al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong). Bahkan lurus. Banyak lagi dalam al-Quran Allah SWT menyatakan tentang al-Quran sebuah kitab suci yang Allah nyatakan menjadi panduan, pedoman, rujukan bagi segala kekeliruan, penyelesai bagi segala masalah dan kekeliruan, samada tentang sains dan segala-galanya ada di dalam al-Quran. Beberapa contoh kita boleh datangkan tentang penemuan-penemuan sains yang terulung bagi umat manusia tetapi rupa-rupanya Allah telah sebutkan lebih 1400 tahun dahulu dalam al-Quran. Contohnya tentang teori Big Bang iaitu satu teori tentang permulaan alam semesta ini yang ditemui oleh saintis yang mana alam semesta ini dahulunya adalah dalam keadaan yang sangat panas dan tumpat dan akibatnya berlakulah satu letupan yang dinamakan Big Bang. Membaca al-Quran membuatkan hati menjadi lebih tenang selain dijanjikan pelbagai ganjaran daripada Allah. Gambar hiasan. Saintis menganggarkan ia berlaku sekitar 1375 bilion tahun dahulu. Maka terhasillah asap yang dipanggil nebula dan daripada asap itu terbentuklah planet-planet di alam semesta ini. Ahli astronomi pada tahun 2011 telah menjumpai “awan asli” (pristine clouds) daripada “gas asli” (primordial gas) yang terjadi selepas Big Bang berlaku. Dan apabila ia terjadi dengan letupan maka alam semesta ini berkembang dan terus berkembang. Ini satu penemuan yang amat menakjubkan oleh saintis dengan menggunakan peralatan yang amat canggih dan tidak terdapat pada zaman dahulu. Tetapi apabila dikatakan kepada saintis tersebut bahawa umat Islam telah mengetahuinya dengan tepat lebih 1400 tahun tentang apa yang kononnya satu penemuan yang sangat ulung. Ia sesuatu yang sangat mengejutkan saintis dan seluruh manusia yang tidak mempelajari isi kandungan al-Quran termasuk kita sendiri sebagai umat Islam yang mana kita cuma membacanya sahaja tanpa mengetahui isi kandungan apa yang Allah nak kita tahu dan ambil pedoman serta jadikan sebagai panduan dalam seluruh kehidupan kita. Dalam surah A-Anbiya (ayat 30) Allah telah menceritakan kepada umat manusia: …dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu) lalu kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman. Tentang asap pristine clouds Allah juga telah ceritakan dalam surah al-Fussilat (ayat 1) yang bermaksud: Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan langit) sedang langit itu masih berupa asap. Lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu samada dengan sukarela atau dengan paksa! Kedua-duanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela. Jadi ini membuktikan bahawa betapa hebatnya al-Quran ini. Sebab itulah baginda Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam satu hadis: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya: Kitab Allah SWT (Al-Quran ) dan sunnahku. Jaminan demi jaminan Allah SWT dan pesuruhnya Nabi Muhammad SAW tegaskan tentang Al-Quran. Maka sepatutnya kita umat Islam mendekati al-Quran bukan sahaja membacanya tetapi lebih penting adalah memahami dengan mengkaji apa yang Allah SWT nyatakan. Ia tentang suruhan atau larangan, kisah-kisah terdahulu bagaimana Allah azabkan mereka apabila mereka derhaka kepada Allah, ayat-ayat tentang alam sekitar, gunung-ganang, lautan yang airnya tidak bercampur dengan lautan yang lain dan tidak bercampur dengan air sungai, ayat-ayat tentang hubungan sosial, mengenai hubungan kekeluargaan, pusaka dan sebagainya. Mumia Firaun Saya tertarik kepada satu kisah tentang saintis bukan Islam yang mana akhirnya menerima Islam setelah mengkaji tentang mayat Firaun yang sudah ribuan tahun tetapi mayatnya tetap utuh seperti baru sahaja mati. Dia merasakan bahawa penemuannya sudah cukup hebat dan mendapat anugerah tertinggi kerajaan Perancis atas penemuan yang menakjubkan tentang mumia Firaun. Setelah penelitian, si profesor menemukan bahwa keadaan tubuh Firaun masih utuh meskipun sudah tenggelam di laut ribuan tahun dahulu pada masa zaman nabi Musa AS. Mumia Firaun kini menjadi bahan sejarah namun kisahnya yang mengaku Tuhan memberi pengajaran besar buat umat manusia. Foto AP Bantuan penelitian pun ditawarkan oleh Eropah untuk menganalisis mumia Firaun. Profesor. Dr. Maurice Bucaille kemudian menjadi pemimpin ahli bedah sekali gus bertanggungjawab dalam penelitian mumia tersebut. Profesor Dr. Bucaille bersama anggota pasukannya berhasil mengungkapkan penyebab kematian Firaun dan pengawetannya. Menurut dia, dalam sebuah penelitian medik yang dilakukan dengan mengambil sampel organ tertentu dari jasad mumia yang ditemukan, pada tahun 1975, melalui bantuan Prof Michfl Durigon dan pemeriksaan yang terperinci dengan menggunakan mikroskop, bahagian terkecil dalam organ itu masih dalam kondisi terpelihara secara sempurna dan menemukan garam laut dalam perut mumia Firaun. Ini menunjukkan bahwa Firaun mati tenggelam di dalam Laut Merah dan keterpeliharaan secara sempurna itu tidak mungkin terjadi jika jasad tersebut tenggelam ribuan tahun lamanya dalam air atau berada lama di luar air sebelum terjadi proses pengawetan pertama. Tetapi orang Islam sudah tahu semua itu lebih 1400 tahun lebih melalui al-Quran ayat 92 surah Yunus: Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. Ayat ini amat mengejutkan Profesor Dr Bucaille. Bagaimana Muhammad tahu tentang semua ini tanpa peralatan yang canggih! Siapa yang bagitahu Muhammad! Bagaimana al-Quran dengan tepat dan benar dalam menjelaskan tentang mayat Firaun yang berlaku ribuan tahun selepas tenggelamnya Firaun dalam laut Merah itu dan hal mayat Firaun ini tidak disebutkan dalam kitab lainnya. Profesor Dr Bucaille mengatakan; “Di zaman di mana al-Quran sampai kepada manusia melalui Muhammad SAW, jasad-jasad para Firaun yang diragukan orang di zaman kontempori ini, apakah benar atau tidak, ada kaitannya dengan saat keluarnya Musa yang sudah lama terpendam di pekuburan Lembah Raja di Thoba di pinggir lain dari sungai Nil di depan Kota al-Aqshar saat ini. Pada masa Nabi Muhammad SAW, segala sesuatu mengenai hal ini masih kabur. Jasad-jasad tersebut belum terungkap, kecuali pada pengujung abad ke-19. Akhirnya Profesor Dr Bucaille memeluk Islam. Oleh itu, marilah sama-sama kita kembali kepada al-Quran dengan mempelajarinya, mengkajinya dan menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam seluruh kehidupan kita. InsyaAllah. Jom sebarkan. *** Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti